Salam sejahtera, semua. Dalam entri ini, saya ingin memperkenalkan sebuah novel Zaid Akhtar yang berjudul Justeru Impian di Jaring.
Novel bermula dengan memperkenalkan watak utama, iaitu Syahir. Syahir merupakan salah seorang pemain badminton skuad kebangsaan. Dia telah ditemu ramah oleh rakan baiknya, iaitu Azmie. Perbualan antara mereka berdua agak lama sehingga menyebabkan dia masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih, iaitu Engku Aiman. Hasil daripada taklimat tersebut, Syahir diberitahu bahawa mereka terpaksa menyertai kejohanan Terbuka Johor. Peraturan dan kehendak Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) mewajibkan mereka menyertai kejohanan tersebut terlebih dahulu adalah untuk menentukan sama ada mereka layak mewakili negara ke Jakarta atau tidak. Peristiwa tertumpu pada perjalanan hidup Syahir sebagai seorang pemain badminton yang penuh dengan liku dan cabaran sebelum layak ke Jakarta. Berita yang kurang menyenangkan daripada pihak PBSM telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain, terutamanya Syahir. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri. Dalam peraturan baharu itu, Engku Aiman berkata bahawa ranking dunia tidak akan menjamin prestasi semasa. Pengarang juga memperkenalkan watak-watak lain seperti jurulatih, iaitu Haji Marzuki dan Mas Suparman, seterusnya pemain-pemain lain yang bertanding dengan Syahir seperti Syed Amiri, Wan Najhan, Bernard, Gopinath, Kam Heng, Boon Lee, Kim Seng, Farhan, dan lain-lain lagi.
Syahir pernah menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dan meneruskan pengajian di UPM semata-mata kerana ingin tinggal berhampiran dengan tempat latihan. Namun, pengajian di UPM juga terpaksa ditangguhkan kerana mahu fokus terhadap latihan badminton. Penglibatan Syahir dalam dunia badminton bermula sejak dia di sekolah lagi. Pada awalnya, ayah Syahir tidak merestui penglibatannya dalam sukan kerana menganggap tindakannya itu akan menjejaskan pelajarnya. Namun akhirnya ayah Syahir mengalah lalu memberikan sokongan dengan syarat memelihara syariat Islam dalam bersukan dan memberi sumbangan kepada bangsa dan negara. Haji Marzuki dan Mas Suparman terpaksa akur dengan keputusan PBSM dan terus melatih terutamanya Syahir dan Bernard yang dikatakan mempunyai potensi dalam permainan. Syahir sering menjadi bahan sindiran dan ejekan oleh Syed Amiri dan Engku Aiman yang tidak menulisnya. Pada suatu hari, Syahir pergi ke pejabat rakan baiknya, Azmie di Taman Shamelin Perkasa. Di sana dia didatangi oleh empat orang gadis dan Ratna, iaitu juara program Akademi Impiana untuk bergambar bersama-samanya. Pada mulanya dia keberatan, tetapi akhirnya dia terpaksa akur apabila diberi alasan untuk bergambar beramai-ramai. Konflik semakin rumit apabila dia digosipkan bercinta dengan Ratna apabila gambar mereka berdua tersiar dalam akhbar. Perjalanan Syahir untuk mewakili negara ke Jakarta semakin rumit apabila berhadapan dengan masalah emaknya yang sakit sebelum dia k Johor. Semasa kejohanan Terbuka Johor, Syahir telah ditewaskan oleh pemain skuad kebangsaan, Badminton Antarabangsa di Jakarta musnah.
Syahir dipanggil secara tiba-tiba oleh jurulatihnya, Haji Marzuki untuk menjalani latihan. Dia dikehendaki menggantikan Gopinath ke Jakarta kerana rakannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun dia menghadapi dugaan apabila diberitahu bahawa emaknya menghidap strok, Syahir bertekad untuk melangkahkan kaki ke Jakarta bagi memikul harapan jurulatih dan negara. Di Jakarta, Syed Amiri yang dicanangkan sebagai juara telah tersingkir pada peringkat separuh akhir. Syahir yang berjaya ke peringkat akhir akan bertemu dengan Andri Minarwan, iaitu wakil tuan rumah. Akhirnya, Syahir berjaya menundukkan wakil dari negara Indonesia walaupun menghadapi kesukaran seperti keputusan pengadil yang berat sebelah, sokongan padu daripada para penyokong Andri, dan kesakitan pada bahagian perut yang dialaminya. Laungan "Malaysia Boleh" dan lagu Jalur Gemilang' telah menamatkan penantian rakyat Malaysia untuk melihat Syahir merangkul kejuaraan itu. Pada bahagian peleraian, Syahir hampir rebah semasa majlis penyampaian hadiah dan segera dikejarkan ke hospital. Syahir telah disahkan menghidap Apendisitis atau radang apendiks dan telah dibedah Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Syahir amat bersyukur dan menganggap bahawa kemenangan itu adalah untuk bangsa, agama, dan Sebaik-baik tiba di Malaysia, Syahir melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya. Azam Syahir yang seterusnya ialah dia mahu mewakili negara ke Sukan Olimpik pula.
Dengan ini, novel ini telah peleraian. Pengarang telah memberi mesej yang penting kepada pembaca melalui novel ini. Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan sebelum bergelar juara dunia. Kita seharusnya mencontohi Syahir yang tidak mudah putus asa. Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Dengan tabah mengharungi liku-liku kehidupan, beliau berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment