Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin mengkongsikan cerpen Bawod karya Janathan Kandok. Cerpen ini mengisahkan tentang persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya. Beluntung memiliki dua ekor haiwan peliharaan yang dianggap seperti sahabatnya, iatu Tuyog, seekor kerbau dan Bawod, seekor kambing. Melalui hunbungannya dengan kedua-dua ekor haiwan ini, Beluntung belajar erti kehidupan dan pengorbanan daripada sahabat.
Cerpen ini dimulai dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan-haiwan peliharaannya, iaitu seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong. Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggangi kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam hampir. Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan- kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, Beluntung membawa kerbau dan kambingnya ke sekolah. Basil, kawan sekelasnya telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai menyebabkan tercetusnya pertengkaran kecil. Beluntung berjaya memperoleh keputusan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu, Beluntung juga telah berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya. Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam. Beluntung terkejut apabila mendengar suara jeritan kambingnya. Ketika dia menuju ke arah suara kambingnya itu, kakinya telah tersepak tunggu kayu menyebabkan dia pengsan seketika. Setelah sedar daripada pengsan, Beluntung menangis apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan hidangan dalam kenduri kesyukuran itu. Bapa Beluntung menyesali tindakannya yang meminta bantuan jiran Sekampung menyembelih kambing itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Beluntung.
Penulis telah menekankan mesej yang penting kepada pembaca melalui cerpen ini, iaitu kita perlulah gigih dalam menempuh sebarang rintangan dan cabaran demi kerjaya masa depan. Contohnya, Beluntung gigh ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa kebasahan akibat hujan lebat dan terpaksa menunggung kerbaunya akibat jalan berlumpur.
Sekali, terima kasih.
No comments:
Post a Comment