Wednesday, 4 May 2022

Cerpen Legasi Tapai Ubi

   Salam sejahtera, semua. Saya telah membaca sebuah cerpen karya Ghazali Lateh, iaitu Legasi Tapai Ubi. 

  Cerpen ini telah mengisahkan  Parjo menjual dan menghantar tapai ubi bapanya, Wak Salikon ke pasar, warung, dan kedai-kedai kampung sejak kecil lagi. Namanya sudah sebati dengan panggilan "Parjo Tapai". Diu berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki. Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek-pendek, menjerang air, merebus sehinggalah kepada proses menghasilkan tapai ubi. Banyak pantang larang yang perlu dipatuh ubi semasa membuat tapai ubi, termasuklah tidak boleh memberitahu orang lain, tidak boleh terkena kotoran atau minyak, tidak boleh membuat bising dan tapai perlu dibungkus menggunakan daun pisang untuk mengekalkan kewangiannya, Melalui hasil jualan tapai itulah, Parjo dan adik-adiknya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Profesor Haidar mengarahkan Parjo membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Proses kajian dilakukan dengan mengenal pasti jenis kanser, cara kanser merebak, dan langkah mengesan kanser sehinggalah kepada proses membuat uji kaji tindak balas tapai ubi terhadap sel kanser. Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat menghasilkan sejenis bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa. Parjo telah berjaya memperoleh ijazah kedoktoran dan bergelar Dr. Parjo. Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.

  Mesej yang ingin disampaikan melalui cerpen ini ialah kesungguhan seorang anak kepada peniaga tapai ubi yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisional tersebut mampu menjadi penawar kepada penyakit berbahaya seperti kanser. Parjo bersungguh-sungguh untuk membuat kajian yang diarahkan oleh Profesor Haidar bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan serangan kanser. Setelah kajian demi kajian dilakukan, Parjo menemukan kebenaran tentang tapai ubi dan hubungannya dengan pencegahan kanser sehinggalah kajiannya mendapat pengiktirafan universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa. Setelah bergelar Dr. Parjo, dia menjadi pensyarah perubatan dan masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai penyakit terutamanya kanser. Oleh itu, selepas kita membaca cerpen ini, kita dapat mempelajari bahawa kita perlu sentiasa rajin dan gigih supaya kita dapat berjaya pada suatu hari nanti.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

BBK3401 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

  Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya. Dalam entri kali ini, saya ingin menyuarakan pengalaman saya tentang mengambil kursus BB...