Wednesday, 29 June 2022

BBK3401 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

 Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya. Dalam entri kali ini, saya ingin menyuarakan pengalaman saya tentang mengambil kursus BBK3410 Penglahiran Bakat diajari oleh Dr. Kamariah Kamarudin pada semester ini. 

  Saya masih ingat dengan jelas tentang kelas pertama saya. Pada beberapa bulan yang lalu, ketika kelas pertama bermula, saya sangat gementar kerana saya fikir kursus ini adalah mengenai bakat kreatif pelajar, tetapi saya ialah seorang yang tidak mempunyai bakat kreatif. Sewaktu pensyarah saya, iaitu Dr. Kamariah menjelaskan tentang tugasan yang perlu disiapkan dalam kursus ini, saya berasa sangat terkejut. Hal ini disebabkan tugasan kedua yang diberi oleh profesor adalah menghasilkan dua buah cerpen dan lima buah sajak. Saya tidak pernah menulis sebuah pun sajak sebelum ini, tetapi sekarang saya harus menulis cerpen dan sajak dalam waktu yang singkat. Pada akhirnya, bersyukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada Dr kerana mengajar, mujurlah saya menyiapkannya.

  Tugasan pertama juga sangat menyeronokkan, untuk menyiapkan tugasan ini kami perlu mencari sasterawan negara kita dan pemenang SEA Write Award serta hasil karya mereka. Semasa saya membuat tugasan ini, saya barulah mengenali 14 sasterawan negara kita yang memberi sumbangan besar dalam bidang kesasteraan.

  Yang tugasan terakhir adalah menulis 14 entri blog. Inilah entri yang terakhir untuk tugasan ini. Berat hati ingin menulis entri untuk kali terakhir. Tanpa disedari 14 mingguan telah berlalu begitu pantas. Itu bermakna kursus ini juga berakhir. Selepas mengambil kursus ini, saya merasakan bahawa saya telah mendapat banyak ilmu. Saya berasa bersyukur kerana dididik oleh Dr. Kamariah yang begitu baik. Beliau ialah seorang pensyarah yang sangat bertimbang rasa terhadap pelajarnya. Beliau sering  mengajar kita untuk bersyukur kepada Tuhan dan ibu bapa yang dikasihi. Beliau juga menggalakkan kita semasa kami menghasilkan karya. Selain itu, beliau sering meminta kami membaca karya-karya penulis lain dan juga berkongsi banyak karya dengan kami.

  Meskipun saya tidak ingin, saya masih harus mengakhirinya. Sehingga bersua lagi di lain entri. Akhir kata, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kamariah dan kawan yang membantu.

Sekian, 
Sydney.



No comments:

Post a Comment

BBK3401 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

  Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya. Dalam entri kali ini, saya ingin menyuarakan pengalaman saya tentang mengambil kursus BB...