Selamat sejahtera, semua. Dalam entri ini, saya ingin mengkongsikan sebuah cerpen, iaitu Sekeping Tanah karya A. Rahman C.M. Cerpen ini bertemakan konflik adik-beradik dalam mempertahankan harta pusaka warisan keluarga. Hubungan kekeluargaan Harun adik-beradik diuji dengan harta pustaka peninggalan ayah mereka,iaitu sebidang tanah di sebuah bandar, Hisyam bersepakat dengan kakaknya, Halimah untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu walaupun mendapat tentangan daripada abang sulung mereka, Harun.
Cerpen ini berkisarkan hasrat Hisyam yang ingin membangunkan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah pusaka itu. Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah berhubung dengan cadangannya untuk membangunkan tanah pustaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar tersebut. Harun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka tersebut kerana dia memerlukan wang hasil jualan tanah pusaka tersebut. Sementara itu, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk menjual tanah pusaka itu tetapi kemudian membelinya semula untuk dibangunkan. Harun tergamam melihat adiknya,Hisyam dan Halimah yang sebenarnya mengurus projek pembinaan Konda Jaya. Mereka berjaya menyempurnakan pembinaan rumah kediaman mewah itu dengan menyerahkan kunci rumah kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hiayam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, Harun berhubung dengan pembinaan Konda Jaya di atas tapak tanag pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun yang lalu. Halimah dan Hisyam juga dikejutkan dengan berita penangkapan anak saudara mereka, Musa yang terlibat dalam kes bunuh. Hisyam melantik Halimah sebagai pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. yang baharu.
Pengajaran cerpen ini yang ingin disampaikan oleh penulis ialah kita perlulah rasional dalam membuat keputusan. Hisyam bersepakat dengan Halimah untuk memajukan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka disebabkan harga tanah yang melambung tinggi di bandar itu. Selain itu, kita juga perlulah berani mengambil risiko untuk kesejahteraan kehidupan masa depan. Hisyam berani membuat keputusan membeli semula tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya dan membangunkan tanah pusaka itu dengan pembinaan kondo mewah.
Sekian, terima kasih.