Beliau telah menghasilkan banyak karya dalam bentuk cerpen, novel, drama, buku dan sebagainnya. Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun, beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau menghasilkan banyak cerpen yang terkenal. Misalnya, antologi cerpen Anjing-anjing, Debu Mereh, dan Selesai Sudah. Cerpennya telah memenangi Hadiah Karya Sastera. Beliau juga menulis sebuah drama berjudul Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar diterbitkan di Pustaka Maha pada tahun 1968. Shahnon telah menulis sebuah buku satira politik kontroversi yang paling terkenal ialah novel Shit @ PukiMak @ PM pada tahun 1999.
Selain cerpen, beliau juga menulis banyak novel. Novel pertama beliau ialah "Rentong" yang diterbitkan pada tahun 1965. Melalui novel Rentong , beliau cuba menganalisis keperluan pembangunan masyarakat desa. Kisah perjuangan petani miskin di kampungnya Banggul Derdap melalui watak Dogol, Semaun, Pak Senik, Jeha, dan Lahuma. Orang kampung dengan segala kesederhanaan mereka untuk mencari rezeki yang halal, di samping menyerahkan dirinya bulat-bulat kepada Allah. Novel ini telah menaikkan namanya. Novel keduanya berjudul "Terdedah" dan novel ketiga ialah "Ranjau Sepanjang Jalan". Dua novel ini merupakan kemuncak kerjaya novelis ini. Novel Ranjau Sepanjang Jalan telah dijadikan teks sastera tingkatan enam dan diangkat menjadi sebuah filem (1983) oleh Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Ranjau Sepanjang Jalan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul No Harvest But A Thorn. Panel The Sydney Morning Herald (1973) mengangkat novel ini satu daripada 10 novel menarik tahun 1972. Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—yang telah diadaptasi semula ke filem yang dipanggil Rice People arahan pengarah filem Kemboja, Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973) yang telah memenangi anugerah Novel Tahunan Malaysia pada tahun 1970, serta Terdedah (1965). Novel Serengenge (1973) diangkat sebagai novel terbaik oleh Panel Hadiah Karya Sastera 1973. Novel ini memaparkan sintesis antara kepercayaan tradisi dengan ilmu psikologi moden.
Dengan kegigihan dan sumbangan beliau dalam menulis karya yang amat mempengaruhi kepada pembaca, beliau dianugerahkan darjah Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran `Datuk’ daripada Sultan Kedah (1980) dan gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 11 September 1993. Gelaran Profesor Emeritus diberikan kepada individu yang telah pun menamatkan perkhidmatan mereka (selalunya selepas persaraan) dalam jawatan Profesor. Kebanyakan universiti meletakkan syarat tempoh minima perkhidmatan 10 tahun. Profesor Emeritus dipilih menerusi sumbangan yang telah beliau berikan selama tempoh berkhidmat, reputasi, rekod perkhidmatan serta impak beliau kepada institusi. Di samping itu, beliau juga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 5 Ogos 1989.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment