Wednesday, 29 June 2022

BBK3401 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

 Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya. Dalam entri kali ini, saya ingin menyuarakan pengalaman saya tentang mengambil kursus BBK3410 Penglahiran Bakat diajari oleh Dr. Kamariah Kamarudin pada semester ini. 

  Saya masih ingat dengan jelas tentang kelas pertama saya. Pada beberapa bulan yang lalu, ketika kelas pertama bermula, saya sangat gementar kerana saya fikir kursus ini adalah mengenai bakat kreatif pelajar, tetapi saya ialah seorang yang tidak mempunyai bakat kreatif. Sewaktu pensyarah saya, iaitu Dr. Kamariah menjelaskan tentang tugasan yang perlu disiapkan dalam kursus ini, saya berasa sangat terkejut. Hal ini disebabkan tugasan kedua yang diberi oleh profesor adalah menghasilkan dua buah cerpen dan lima buah sajak. Saya tidak pernah menulis sebuah pun sajak sebelum ini, tetapi sekarang saya harus menulis cerpen dan sajak dalam waktu yang singkat. Pada akhirnya, bersyukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada Dr kerana mengajar, mujurlah saya menyiapkannya.

  Tugasan pertama juga sangat menyeronokkan, untuk menyiapkan tugasan ini kami perlu mencari sasterawan negara kita dan pemenang SEA Write Award serta hasil karya mereka. Semasa saya membuat tugasan ini, saya barulah mengenali 14 sasterawan negara kita yang memberi sumbangan besar dalam bidang kesasteraan.

  Yang tugasan terakhir adalah menulis 14 entri blog. Inilah entri yang terakhir untuk tugasan ini. Berat hati ingin menulis entri untuk kali terakhir. Tanpa disedari 14 mingguan telah berlalu begitu pantas. Itu bermakna kursus ini juga berakhir. Selepas mengambil kursus ini, saya merasakan bahawa saya telah mendapat banyak ilmu. Saya berasa bersyukur kerana dididik oleh Dr. Kamariah yang begitu baik. Beliau ialah seorang pensyarah yang sangat bertimbang rasa terhadap pelajarnya. Beliau sering  mengajar kita untuk bersyukur kepada Tuhan dan ibu bapa yang dikasihi. Beliau juga menggalakkan kita semasa kami menghasilkan karya. Selain itu, beliau sering meminta kami membaca karya-karya penulis lain dan juga berkongsi banyak karya dengan kami.

  Meskipun saya tidak ingin, saya masih harus mengakhirinya. Sehingga bersua lagi di lain entri. Akhir kata, di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Kamariah dan kawan yang membantu.

Sekian, 
Sydney.



Wednesday, 22 June 2022

Muhammad bin Abdul Beang @ Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (Arena Wati)

  Muhammad bin Abdul Beang @ Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung ialah tokoh Sasterawan Negara Malaysia Ke-5 pada tahun 1988. Beliau lebih dikenali sebagai Arena Wati. Nama pena lainnya ialah Duta Muda dan Patria. Arena Wati dilahirkan pada 30 Julai 1925 di Kalumpang Kabupaten, Jeneponto, Makasar, Indonesia. Arena Wati menjadi warganegara Malaysia semasa beliau bertugas di Pustaka Antara, Kuala Lumpur di antara tahun 1962 hingga 1974. Beliau dirawat di Hospital HUKM Bandar Tun Razak sejak 20 September 2008 kerana barah paru-paru. Arena Wati meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada 25 Januari 2009. Jenazah Arena Wati dibawa ke Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. 

  Semasa Perang Dunia II, beliau memulakan kerjayanya sebagai pelaut pada tahun 1943. Pengalamannya dalam bidang ini meningkatkan lagi kemampuan beliau dalam penulisan dan menghasilkan novel yang baik. Beliau telah menghasilkan sebanyak 24 buah novel, 87 buah cerita pendek, 6 buah antologi cerpen, 23 esei dan kritikan sastera, 9 buah buku kajian sastera, 12 buah puisi dan sebuah autobiografi. Pada tahun 1952, cerpen pertamanya yang berjudul “Impian dan Kenyataan” telah diterbitkan di majalah Pedoman Rakyat. Cerpennya yang lain ialah Wisata, Bukan Satu Jalan Ke Mekah, Alin Menggulung Perlahan, Burung Badai, Ombak Samudera dan lain-lain. Selain itu, beliau juga menghasilkan banyak novel. Novelnya yang popular adalah Sandera, Sukma Angin, Lingkaran dan Kisah Tiga Pelayaran. Trilogi Bara-Baraya adalah karyanya yang disiapkan ketika dirawat di HUKM. Karya tersebut berkisar mengenai perjuangan Melayu Nusantara.

  Pada tahun 1975, beliau telah dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang Dipertuan Agung, bagi pihak Kerajaan Malaysia. Hasil kerja keras dan penulisannya yang tidak pernah jemu, Arena Wati telah menerima Anugerah SEA Write Award daripada Paduka Raja Thai pada tahun 1985 di Thailand. Pencapaian dan sumbangan Arena Wati dalam bidang kesusasteraan Melayu juga telah mendapat penghargaan apabila pada tahun 1987, beliau diiktiraf sebagai tokoh Sasterawan Negara Malaysia yang Ke-5. Pada tahun 2003, Beliau telah menerima Anugerah Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia atas sumbangan beliau dalam bidang sastera.

Sekian, terima kasih.


Muhammad bin Abdul Beang (Arena Wati)
Sasterawan Negara Malaysia Ke-5






Wednesday, 8 June 2022

Novel Justeru Impian di Jaring

 Salam sejahtera, semua. Dalam entri ini, saya ingin memperkenalkan sebuah novel Zaid Akhtar yang berjudul Justeru Impian  di Jaring.

  Novel bermula dengan memperkenalkan watak utama, iaitu Syahir. Syahir merupakan salah seorang pemain badminton skuad kebangsaan.  Dia telah ditemu ramah oleh rakan baiknya, iaitu Azmie.  Perbualan antara mereka berdua agak lama sehingga menyebabkan dia masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh ketua jurulatih, iaitu Engku Aiman.  Hasil daripada taklimat tersebut, Syahir diberitahu bahawa mereka terpaksa menyertai kejohanan Terbuka Johor.  Peraturan dan kehendak Persatuan Bulu Tangkis Se-Malaysia (PBSM) mewajibkan mereka menyertai kejohanan tersebut terlebih dahulu adalah untuk menentukan sama ada mereka layak mewakili negara ke Jakarta atau tidak.  Peristiwa tertumpu pada perjalanan hidup Syahir sebagai seorang pemain badminton yang penuh dengan liku dan cabaran sebelum layak ke Jakarta.  Berita yang kurang menyenangkan daripada pihak PBSM telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemain, terutamanya Syahir.  Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka terpaksa bersaing sesama sendiri.  Dalam peraturan baharu itu, Engku Aiman ​​berkata bahawa ranking dunia tidak akan menjamin prestasi semasa. Pengarang  juga memperkenalkan watak-watak lain seperti jurulatih, iaitu Haji Marzuki dan Mas Suparman, seterusnya pemain-pemain lain yang bertanding dengan Syahir seperti Syed Amiri, Wan Najhan, Bernard, Gopinath, Kam Heng, Boon Lee, Kim Seng,  Farhan, dan lain-lain lagi.  

  Syahir pernah menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dan meneruskan pengajian di UPM semata-mata kerana ingin tinggal berhampiran dengan tempat latihan.  Namun, pengajian di UPM juga terpaksa ditangguhkan kerana mahu fokus terhadap latihan badminton.  Penglibatan Syahir dalam dunia badminton bermula sejak dia di sekolah lagi.  Pada awalnya, ayah Syahir tidak merestui penglibatannya dalam sukan kerana menganggap tindakannya itu akan menjejaskan pelajarnya.  Namun akhirnya ayah Syahir mengalah lalu memberikan sokongan dengan syarat memelihara syariat Islam dalam bersukan dan memberi sumbangan kepada bangsa dan negara.  Haji Marzuki dan Mas Suparman terpaksa akur dengan keputusan PBSM dan terus melatih terutamanya Syahir dan Bernard yang dikatakan mempunyai potensi dalam permainan.  Syahir sering menjadi bahan sindiran dan ejekan oleh Syed Amiri dan Engku Aiman ​​yang tidak menulisnya.  Pada suatu hari, Syahir pergi ke pejabat rakan baiknya, Azmie di Taman Shamelin Perkasa.  Di sana dia didatangi oleh empat orang gadis dan Ratna, iaitu juara program Akademi Impiana untuk bergambar bersama-samanya.  Pada mulanya dia keberatan, tetapi akhirnya dia terpaksa akur apabila diberi alasan untuk bergambar beramai-ramai.  Konflik semakin rumit apabila dia digosipkan bercinta dengan Ratna apabila gambar mereka berdua tersiar dalam akhbar.  Perjalanan Syahir untuk mewakili negara ke Jakarta semakin rumit apabila berhadapan dengan masalah emaknya yang sakit sebelum dia k Johor.  Semasa kejohanan Terbuka Johor, Syahir telah ditewaskan oleh pemain skuad kebangsaan, Badminton Antarabangsa di Jakarta musnah.

  Syahir dipanggil secara tiba-tiba oleh jurulatihnya, Haji Marzuki untuk menjalani latihan. Dia dikehendaki menggantikan Gopinath ke Jakarta kerana rakannya itu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Walaupun dia menghadapi dugaan apabila diberitahu bahawa emaknya menghidap strok, Syahir bertekad untuk melangkahkan kaki ke Jakarta bagi memikul harapan jurulatih dan negara. Di Jakarta, Syed Amiri yang dicanangkan sebagai juara telah tersingkir pada peringkat separuh akhir. Syahir yang berjaya ke peringkat akhir akan bertemu dengan Andri Minarwan, iaitu wakil tuan rumah. Akhirnya, Syahir berjaya menundukkan wakil dari negara Indonesia walaupun menghadapi kesukaran seperti keputusan pengadil yang berat sebelah, sokongan padu daripada para penyokong Andri, dan kesakitan pada bahagian perut yang dialaminya. Laungan "Malaysia Boleh" dan lagu Jalur Gemilang' telah menamatkan penantian rakyat Malaysia untuk melihat Syahir merangkul kejuaraan itu. Pada bahagian peleraian, Syahir hampir rebah semasa majlis penyampaian hadiah dan segera dikejarkan ke hospital. Syahir telah disahkan menghidap Apendisitis atau radang apendiks dan telah dibedah Jakarta sebelum dibawa pulang ke Malaysia. Syahir amat bersyukur dan menganggap bahawa kemenangan itu adalah untuk bangsa, agama, dan Sebaik-baik tiba di Malaysia, Syahir melawat emaknya di hospital dan menyerahkan pingat yang dimenanginya kepada emaknya. Azam Syahir yang seterusnya ialah dia mahu mewakili negara ke Sukan Olimpik pula.

  Dengan ini, novel ini telah peleraian. Pengarang telah memberi mesej yang penting kepada pembaca melalui novel ini. Ketabahan seorang pemain badminton dalam menghadapi dugaan sebelum bergelar juara dunia. Kita seharusnya mencontohi Syahir yang tidak mudah putus asa. Syahir tetap meneruskan latihan rutin sebagai pemain badminton walaupun telah tersingkir daripada senarai pemain skuad kebangsaan yang akan menyertai Kejohanan Badminton Antarabangsa di Jakarta. Dengan tabah mengharungi liku-liku kehidupan, beliau berjaya bergelar juara dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa di Indonesia.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, 1 June 2022

Cerpen Bawod

 Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini saya ingin mengkongsikan cerpen Bawod karya Janathan Kandok. Cerpen ini mengisahkan tentang persahabatan yang utuh antara manusia dengan haiwan peliharaannya. Beluntung memiliki dua ekor haiwan peliharaan yang dianggap seperti sahabatnya, iatu Tuyog, seekor kerbau dan Bawod, seekor kambing. Melalui hunbungannya dengan kedua-dua ekor haiwan ini, Beluntung belajar erti kehidupan dan pengorbanan daripada sahabat.

  Cerpen ini dimulai dengan kisah Beluntung yang berasa cemas dan resah apabila haiwan-haiwan peliharaannya, iaitu seekor kambing dan seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong.  Beluntung yang gigih ke sekolah dengan menunggangi kerbau peliharaannya, Tuyog walaupun terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur kerana peperiksaan darjah enam hampir. Beluntung dicemuh dan dipermainkan oleh kawan- kawannya kerana dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah.  Dia dicemuh dan dikatakan berbau kerbau.  Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu hari, Beluntung membawa kerbau dan kambingnya ke sekolah.  Basil, kawan sekelasnya telah mencampakkan buku-bukunya ke lantai menyebabkan tercetusnya pertengkaran kecil. Beluntung berjaya memperoleh keputusan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan darjah enam.  Selain itu, Beluntung juga telah berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya.  Ketika pulang dari Pesta Lumba Kerbau, Beluntung kehairanan apabila mendapati banyak orang kampung berada di rumahnya.  Beluntung gembira apabila mengetahui bapanya mengadakan kenduri kesyukuran untuk meraikan kejayaannya dalam peperiksaan darjah enam.  Beluntung terkejut apabila mendengar suara jeritan kambingnya.  Ketika dia menuju ke arah suara kambingnya itu, kakinya telah tersepak tunggu kayu menyebabkan dia pengsan seketika.  Setelah sedar daripada pengsan, Beluntung menangis apabila mendapati Bawod, kambing peliharaan yang dianggap sebagai sahabatnya itu telah disembelih untuk dijadikan hidangan dalam kenduri kesyukuran itu.  Bapa Beluntung menyesali tindakannya yang meminta bantuan jiran Sekampung menyembelih kambing itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Beluntung.

  Penulis telah menekankan mesej yang penting kepada pembaca melalui cerpen ini, iaitu kita perlulah gigih dalam menempuh sebarang rintangan dan cabaran demi kerjaya masa depan. Contohnya, Beluntung gigh ke sekolah untuk belajar walaupun terpaksa kebasahan akibat hujan lebat dan terpaksa menunggung kerbaunya akibat jalan berlumpur. 

Sekali, terima kasih.

BBK3401 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

  Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca saya. Dalam entri kali ini, saya ingin menyuarakan pengalaman saya tentang mengambil kursus BB...