Selamat sejahtera,semua. Hari ini, saya akan mengkongsikan 💁Dram Berkhidmat Untuk Negara karya Affix Zulkarnain Adam.
Drama ini menceritakan Aiman menerima sepucuk surat daripada posmen pada waktu tengah hari ketika duduk bersantai di rumah. Surat tersebut dihantar daripada Jabatan latihan Khidmat Negara bertujuan untuk meminta Aiman menyertai Program Latihan Negara (PLKN). Namun, Aiman berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan. Segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji, Nek Sinah. Aiman enggan menyertai PLKN, hanya perkara yang negatif terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi. Contohnya, Aiman bermimpi keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala semasa menyertai PLKN.
Di sekolah, Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berbincang tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan. Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada berasa gembira kerana mereka terpilih sebagai peserta PLKN. Cikgu Dahari juga menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan.
Apabila Aiman pulang, ayahnya, Khir Ghazali sudah berada di rumah. Ayah Aiman merupakan seorang hartawan yang sibuk bekerja. Manakala, ibu Aiman, Masnah ialah seorang Datin yang juga selalu tidak berada di rumah. Aiman meminta ayahnya membantu dia mendapatkan pengecualian daripada PLKN. Ayahnya menolak permintaannya dengan bertegas kerana beliau mengetahui PLKN akan memberi banyak manfaat kepada anak muda. Ibu Aiman menyokong hasrat Aiman untuk tidak menyertai PLKN. Beliau merisaukan tentang keselamatan nyawa anaknya semasa menghadiri PLKN. Ibu Aiman meminta suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman daripada menghadiri PLKN.
Aiman melayari Internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkan di Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya.
Drama ini memberi pengajaran kepada pembaca. Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik dan cinta akan negara. Sebagai contoh, Aiman akhirnya menyahut seruan berkidmat untuk negara dengan menyertai PLKN. Pengajaran ini juga boleh dilihat dari peristiwa kawan-kawan Aima bersemangat tinggi dan berasa gembira untuk menyertai PLKN. Ayah Aiman, Cikgu Dahari dan posmen juga menyokong Aiman menyertai PLKN untuk berkhidmat untuk negara.
No comments:
Post a Comment