Salam sejahtera, semua🙋. Dalam entri ini, saya ingin mengkongsikan drama Bukan Gila karya Syarif Syaary.
Selepas membaca, saya sangat menyukai drama ini. Walaupun plotnya menyedihkan, tetapi ceritanya adalah menarik. Hal ini disebabkan kerana, Syarif Syaary mempunyai teknik menulis yang baik. Dalam drama ini, terdapat ketegangan dalam ceritanya, iaitu Azmir bukan mengalami sakit jiwa, tetapi menghidap penyakit barah otak. Selain itu, penulis juga bijak menggunakan teknik imbas kembali. Teknik ini telah menarik perhatian dan minat pembaca supaya ingin terus membaca.
Drama ini bermula dengan watak utama, Azmir sedang menerima rawatan di wad pesakit jiwa Hospital Besar seorang diri dan berada dalam khayalan. Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran kekasihnya, Ani yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir meminta Ani membawanya keluar dari hospital, tetapi Ani mumujuk Azmir supaya terus tinggal di hospital. Seterusnya, Azmir berkhayal akan kedatangan ayahnya yang menziarahinya di wad. Azmir bertelingkah dengan ayahnya kerana dia beraggapan ayahnya tidak sayangkannya. Azmir menuduh bapanya tidak menyayanginya kerana menghantarnya ke Hospital Besar. Kemudian, Azmir berkhayal lagi kemunculan Pak Haji. Azmir bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya yang bukan nama orang Melayu dan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Azmir berkhayal kembali Ani kehadiran Ani. Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersikap luaran. Selepas itu, doktor melawat Azmir di wad. Doktor memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.
Amzir mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke luar wad Hospital Besar. Kemudian, dia tiba di lokasi penggambaran drama Sasau. Perdebatan berlaku antara pelokon dan Arif tentang kekuasaan. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah sistem yang prorakyat. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tiba-tiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.
Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai sehingga berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Selepas itu, doktor membawa Azmir ke hospital semula. Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Doktor mengatakan bahawa orang gila sememangnya pandai berkata-kata.
Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu bapa Azmir di rumah. Mereka menerangkan keadaan Azmir kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya. Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, Azmir semakin lemah dan jatuh ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir.
Drama ini bertemakan ketabahan seorang anak muda melawan penyakit yang dihadapi. Azmir menanggung kesakitan kerana menghidap barah otak tanpa sokongan ibu bapa dan kekasih hati. Tambahan lagi, dia dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza berbanding dengan orang lain. Penulis telah menekankan mesej kepada pembaca melalui drama ini, iaitu kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka. Contohnya, Arif prihatin terhadap nasib Azmir dan telah menasihati ibu Azmir agar segera melawat Azmir di wad pesakit jiwa sebelum terlambat. Ibu bapa Azmir dan Ani sepatutnya memberi kasih sayang yang sepenuhnya kepada Azmir. Mereka haruslah percaya tentang Azmir bukan gila dan memang menghadapi kesakitan agar Azmir boleh mendapat rawatan dengan secepat mungkin.
Sekian, terima kasih.🙆