Salam sejahtera semua,💁
Hari ini,saya ingin berkongsi sebuah cerpen yang bertajuk “Kasut Kelopak Jantung” karya Ghazali Lateh. Saya telah membaca cerpen ini semasa saya Tingkatan 1. Walaupun sudah beberapa tahun saya baca, tetapi saya masih ingat ceritanya dengan jelas. Saya baca semula cerpen ini kerana namanya disebut oleh rakan kursus apabila dia memperkenalkan diri dalam kuliah pertama BBK3410.
"Kasut Kelopak Jantung" ialah sebuah cerpen yang ringkas dan mudah difahami. Dalam cerpen ini, pengarang dengan bijiaknya menggunakan teknik plot imbas kembali untuk menarik perhatian pembaca. Pada permulaan, cerpen ini mengisahkan Cikgu Harun menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal pada Hari Guru. Kemudian, Cikgu Harun mengingati semua peristiwa sewaktu beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman yang telah berlaku 30 tahun yang lalu. Sebenarnya, Cikgu Harun tahu pengirim hadiah itu walaupun hadiah tersebut tidak dikirim secara pos.
Cikgu Harun baru mula bertugas sebagai guru digambarkan sebagai berdarah muda dan kurang memahami kesusahan muridnya, iaitu Ahmad yang berasal dari keluarga miskin. Cikgu Harun menegur tegas dan mendenda Ahmad yang berkaki ayam. Cikgu Harun menyuruh Ahmad mencari tali rafia untuk mengikat kelopak jantung pisang di kakinya untuk dijadikan kasutnya.
Ahmad berasa malu dan sedih atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun. Sejak hari itu, Ahmad tidak hadir ke sekolah dan ingin berhenti sekolah. Khabar bahawa Ahmad mahu berhenti sekolah menyebabkan Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad. Cikgu Harun tersentuh dan berasa kesal selepas mengetahui keadaan keluarga yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Akhirnya, Cikgu Harun bergegas ke pekan berhampiran untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu kepada Ahmad.
Pada peleraian cerpen ini, walaupun Cikgu Harun sudah bersara namun beliau masih menerima sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru. Hal ini mengambarkan Ahmad ialah seorang yang taat dan mengenang jasa.
Messej penting yang ingin disampaikan dalam cerpen ialah kemiskinan bukan penghalangan untuk mencapai kejayaan. Sebagai contoh, Ahmad berasal dari keluarga miskin sehingga tidak mampu membeli sepansang kasut, tetapi dengan kerajinan dan ketekunan, akhirnya dia menjadi pengurus besar syarikat pengeluar kasut di bandar. Oleh itu, pengajaran cerpen ini adalah kita perlulah berusaha dengan gigih kerana kegigihan adalah faktor kejayaan. Selain itu, kita perlulah mengingati jasa orang lain yang menghulurkan bantuan kepada kita. Buktinya, Ahmad mengenang budi Cikgu Harun dengan mengirimkan sepasang kasut setiap Hari Guru.
Sekian, Terima kasih💕
No comments:
Post a Comment